Khamis, 5 Julai 2012

UDANG HARIMAU MASAK LOMAK CILI API


bahan2nya:

1kg udang harimau( bersihkan, potong ekor dan janggut sahaja )
1biji kelapa ( perah santannya, hampas jgn terus dibuang )
10-15 biji cili api kampung
kunyit hidup sebesar ibu jari
daun kunyit 2 helai ( diracik halus )
serai 2-3 batang ( diketuk )
bawang besar 2 biji
buah keras 2-3 biji ( rendam dgn air seketika kemudian tumbuk lumat )
kacang panjang 3-4 batang

cara2nya:
1. kisar bawang, kunyit hidup dan cili api hingga halus.
2. masakkan santan atas api yg sederhana kemudian masukkan bahan kisar tadi.
3. kacau selalu supaya tidak pecah santan. kemudian masukkan serai dan buah keras yg telah lumat ditumbuk tadi.
4. masukkan udang dan kacang panjang serentak. ambil segenggam hampas kelapa tadi dan masukkan dalam periuk. kacau rata.
5. perasakan dengan garam dan ajinomoto. bila menggelegak masukkan daun kunyit tadi.
6. bila udang sudah masak sempurna boleh lah tutup api dan hidangan sedia untuk dinikmati.

selamat mencuba!!!

selamat datang ke dapur kecil ina hasliza

Assalamualaikum semua.... maaflah kalau ada kekurangan di paparan saya ni, maklumlah baru berjinak2 dalam penulisan blog. Saya dedikasikan segala paparan dan hasil air tangan saya di blog ini untuk anak dara kesayangan saya Qaseh Qaisara, semoga dewasa kelak dia dapat jadikan blog ini sebagai rujukan dalam mempersiapkan diri sebagai wanita dan kenangan terindah dari mama buat Qaseh... Juga buat teman2 tersayang yg banyak berkongsi ilmu masakan didunia maya ini terutamanya teman2 di Group Resepi Masakan, Mai Share Recipe, Ketuk2 Kuali, D Cooking Room... kalianlah pembakar semangat saya dalam penghasilan blog ini... terimalah juadah2 hasil tangan saya yang tidak seberapa ini. Banyak lagi yang perlu saya belajar.... harap tak jemu beri tunjuk ajar.....

Buat suami, Mohd Ramdhan b. Zamri terima kasih sebab sudi jadi tukang rasa yang setia setiap kali saya memasak.... begitu juga buat hero2 mama Daniel Haiqal dan Emil Ishqal..... terima kasih sbb selalu cakap mama masak best walaupun kadang2 x best tapi nak jaga hati mama punya pasal cakap best jugak hehehehe......

Harapan saya semoga ilmu yang ada tak disia2kan dan dapat memanfaatkn kita semua.... insyaallah.... SELAMAT MENEROKA DAPUR KECIL INA HASLIZA :))