berkongsi pengalaman dan keseronokan sewaktu memasak pelbagai jenis hidangan yang menjadi kegemaran keluarga dan juga celoteh lucu anak-anak dan keluarga tercinta yang menghiburkan dalam kehidupan seharian.
Khamis, 5 Julai 2012
UDANG HARIMAU MASAK LOMAK CILI API
bahan2nya:
1kg udang harimau( bersihkan, potong ekor dan janggut sahaja )
1biji kelapa ( perah santannya, hampas jgn terus dibuang )
10-15 biji cili api kampung
kunyit hidup sebesar ibu jari
daun kunyit 2 helai ( diracik halus )
serai 2-3 batang ( diketuk )
bawang besar 2 biji
buah keras 2-3 biji ( rendam dgn air seketika kemudian tumbuk lumat )
kacang panjang 3-4 batang
cara2nya:
1. kisar bawang, kunyit hidup dan cili api hingga halus.
2. masakkan santan atas api yg sederhana kemudian masukkan bahan kisar tadi.
3. kacau selalu supaya tidak pecah santan. kemudian masukkan serai dan buah keras yg telah lumat ditumbuk tadi.
4. masukkan udang dan kacang panjang serentak. ambil segenggam hampas kelapa tadi dan masukkan dalam periuk. kacau rata.
5. perasakan dengan garam dan ajinomoto. bila menggelegak masukkan daun kunyit tadi.
6. bila udang sudah masak sempurna boleh lah tutup api dan hidangan sedia untuk dinikmati.
selamat mencuba!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan